.:tutup:.

10 minit baca Al-quran

Dikehendaki baca Al-Quran tiap hari mulai tahun depan


BESUT 14 Nov. – Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.

"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Selain itu, katanya, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini. – Bernama




Prasasti Jiwa:

di atas adalah keratan akhbar daripada Bernama, tapi aku terbaca berita ini di berita Metro tak silap aku. sangat menarik bagi aku tindakan Jabatan Pelajaran Terengganu ini kerana dengan inilah kita akan mendidik jiwa pelajar-pelajar sekolah untuk lebih dekat dengan Al-Quran.

dan sangatlah bagus jika hari kita di mulakan dengan membaca Al-Quran apatah lagu sebelum menuntut ilmu. setidak-tidaknya ia mendidik anak-anak muda untuk lebih mengenali Al-Quran dan cuba untuk memahaminya.

dan tindakan Jabatan Pelajaran Terengganu ini patut untuk di selaraskan kepada seluruh Malaysia kerana ianya dalah satu aktiviti yang sehat dan baik. 

sebelum ini aku ada memberitahu rakan Orator aku mengenai cadangan aku untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah rendah wajib untuk mengkhatamkan Al-Quran sebelum memasuki peringkat sekolah menengah dan ianya di masukkan ke dalam silibus Agama Islam.

dan tak sangka Jabatan Pelajaran Terengganu akan melakukan perkara yang hampir serupa dengan cadangan aku. (walaupun aku tak pernah menulisnya di blog ataupun menghantar proposal kepada kementerian) tetapi setidak-tidaknya ada juga orang berfikir seperti itu. 

aku sangat menyambut baik cadangan JPT tersebut. Usaha murni mereka ini pastinya mendatangkan kebaikan kepada anak-anak muda kelak.

percayalah, andai amalan kebaikan itu tidak di jadikan satu budaya sejak dari kecil, teramatlah susah untuk di bentuk pula bila sudah dewasa. bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya : )

sekian.




p/s: teringatkan kempen let's read Al-quran yang pernah aku join 

0 comments:

Post a Comment

Home - About - Order - Testimonial
Copyright © 2010 LIRIK LAGU POPULER All Rights Reserved.