.:tutup:.

18# Prasasti Jiwa

ya. BENCI ini betul-betul sudah menghakis kamu dari hatiku
aku dapat rasakan

tipu

aku tidak tipu
kerana aku sudah boleh berdiri
melewati hari-hari dengan penuh tabah

benar?

cuba tanya pada hatiku
adakah Rindu masih bertamu

dengar?

tidakkah kamu merasa getar di jiwa?
katanya Ya!
aku sudah tiada perasaan itu

kali ini aku percaya pada Benci
bukan pada Sayang
kerana Benci boleh mendengar
dan tahu apa yang aku mahu

bukan cuba membuang jauh
Sayang dari hidupku
tapi
aku hanya mengikut
tiupan takdir
kemana aku singgah
di situ aku berpaut

Lemah

tidak
aku bukan hamba yang lemah
sudah cukup aku usaha
aku berani
berani untuk bangkit semula
kerana kegagalan ini bukan pengakhiran
Tuhan hanya mahu menguji kesabaran


jumain
4.02am
7 nov 2010



p/s: gagahkan langkahmu yang sumbang : ) Jumain kamu boleh!

0 comments:

Post a Comment

Home - About - Order - Testimonial
Copyright © 2010 LIRIK LAGU POPULER All Rights Reserved.