jika di tanya pada hati ketika ini
ianya sunyi
tak berteman
jika di tanya pada semangat dalam diri
ianya membara
menyala-nyala membakar
aku ingin menjadi sempurna
di mata manusia
namun
kita di ciptakan memang sesempurna anugerahNya
tapi di mata manusia
bukanlah suatu perkara yang 'gampang'
untuk mengindahkan pemandangan mereka
tatkala melihat sifat dan tingkah laku kita
di dunia
ada manusia mengejar keduniaan
ada manusia mengejar hanya akhirat semata
dan ada juga manusia yang menyeimbangkan kedua-duanya
kita tanya pada hati
di manakah kita?
nurkilan ini mungkin sedikit carca marba
ibarat sang ayam mencarik-carik tanah
mungkin kerana terlalu lama
hati tidak bersatu dengan alam maya
berkongsi rasa jiwa
yang sudah tumpah
tak tertanggung
rugi rasanya tidak berkongsi
sebulan berlalu menjadi warga kota
melihat pameran manusia-manusia yang hidup dalam kesibukan
menjalani rutin harian yang membosankan
ciptaan dunia yang manusia sendiri cipta
hanyut dalam pentasnya sendiri
namun apalah daya
kini aku juga menjadi sebahagiaan daripadanya
aku harus terima
ini roda dunia
namun kita jangan pernah alpa
di penghujungnya
ada bekalan yang harus di sedia.
titik
0 comments:
Post a Comment