.:tutup:.

Kenangan SPM

Prasasti Jiwa:

23 Mac 2011 pastinya menjadi tarikh keramat buat lepasan SPM 2010 kerana pada tarikh inilah keputusan SPM akan di umumkan.

dan pastinya perasaan berdebar-debar menyelubungi diri. dan setiap daripada kita juga pernah melalui saat dan ketika ini. sepertinya SPM adalah 'tiket' untuk terus hidup pada masa hadapan.

bila di imbau kembali 5 tahun yang lalu pastinya banyak kenangan yang bermain di minda saat mengambil peperiksaan SPM dan juga sepanjang bergelar pelajar tingkatan 5.

aku bukanlah antara pelajar yang tersenarai mendapat semua A dalam peperiksaan sebab aku akui ketika tingkatan 5 aku sangat  banyak main sebab itulah keputusan aku baik sahaja tetapi tidak mencapai tahap yang aku nak kan. hu3 sedih bila di imbau kembali. tapi semuanya sudah tersurat.

bila di 'rewind' kembali, antara banyak-banyak kenangan yang aku ingat ketika saat2 ingin mengambil SPM ialah ketika ingin mengambil peperiksaan kertas Fizik.

aku adalah pelajar yang paling 'bodoh' di sekolah aku untuk Fizik ni, kalau peperiksaan je mesti aku fail je memanjang. budak class aku dapat markah2 tinggi aku sorang je la yang tercorot.

serius aku memang benci dan tak suka dengan Fizik sebab bagi aku fizik ni macam tak logik. ha3 dan pagi nak ambil peperiksaan tu aku boleh nangis sebab terasa takut sangat nak ambil subjek ni. plus aku sangat tak bersedia untuk mengambil paper Fizik.hu3

tapi Alhamdulillah...aku selamat melaluinya tanpa sebarang perkara2 yang tidak di ingini..he3 dan keputusan SPM untuk paper Fizik aku sekadar dapat 4B..B utk bodoh...tapi aku tak kisah pun time tu sebab aku memang cakap kat diri aku lepas SPM je aku tak akan ambil bidang yang berkaitan dengan Fizik.

then masuk Matrikulasi ( tak dapat offer oversea pun sbb result aku biasa2 sajor) aku ambil Sains Hayat. tiem tu aku dah melonjak2 gembira sebab derita belajar Fizik dah pun tamat...

ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari...di sebabkan oleh 'kebodohan' diri sekali lagi maka aku tidak dapat keputusan yang cemerlang ketika di Matrikulasi...sebab tersangatlah malas belajar ketika di matrik penang dulu. masih tidak sedarkan diri ketika itu.

maka harapan ketika itu ingin melanjutkan pelajaran ke bidang kedoktoran berkecai buat selamanya...dan tanpa pernah aku duga aku di tawarkan ke bidang Kejuruteraan Awam. bidang yang bersangkut paut dengan Fizik.

tanpa berundur aku meneruskan takdir Tuhan ini, dan alhamdulillah aku bakal menjadi seorang Engineer dan sekarang tengah menjalani Latihan Industri sebagai Environmental Engineer...

Kesimpulannya, cemerlang ataupun tidak semasa SPM bukanlah penentu siapa kita di masa akan datang kerana akhirnya kita juga yang menjadi penentu siapa kita. berjaya semasa SPM adalah satu BONUS untuk masa hadapan. dan gagal meraih keputusan yang cemerlang bukanlah pengakhirnya kerana Allah akan memberikan kejayaan buat hambanya yang sentiasa berusaha...

buat adik-adik yang akan mengambil keputusan SPM 2010 nanti, aku nak ucapkan Tahniah buat yang berjaya meraih keputusan yang Cemerlang. semoga kejayaan ini di teruskan untuk masa hadapan. kerana di depan lebih banyak cabaran dan dugaan yang bakal menanti.

buat yang kecewa ataupun tidak mendapat keputusan yang tidak mencapai impian yang di inginkan, jangan pernah menganggap bahawa kita sudah Gagal buat selamanya. masih banyak ruang dan peluang di hadapan yang menanti buat kita. jangan pernah mengalah dalam kehidupan kerana hanya yang takut bangkit untuk meneruskan kehidupan adalah sebenarnya orang yang Gagal.

ambil semua peluang pendidikan yang di sediakan di negara kita, ada IPTA/S,politeknik, STPM, kemahiran dan sebagainya. semuanya terletak di tangan kita untuk mahu meneruskan pelajaran ataupun tidak. kerana Allah hanya akan mengubah sesuatu kaum itu andai kaum itu sendiri yang mahu mengubah nasib mereka.

ehmmm....tak sabar rasanya nak tunggu keputusan SPM sekolah aku iaitu SASER ( SM SAINS TUANKU MUNAWIR @ SM SAINS SEREMBAN). Mampukah mengekalkan gelaran sekolah terbaik (No.1) di Malaysia.

Semoga ianya masih milik SASER...Good luck buat adik-adik putera 8th SASER...!!!

0 comments:

Post a Comment

Home - About - Order - Testimonial
Copyright © 2010 LIRIK LAGU POPULER All Rights Reserved.